Khasiat Daun Sanna Kelebihan Manfaat Daun Senna

Khasiat Daun Senna atau Daun Sanna atau Daun Cina Maki

  • Mengempiskan Perut.
  • Melangsingkan Badan.
  • Membuang Lemak.
  • Mencucikan Kerak Usus.
  • Mengatasi Sembelit
  • Mengatasi Gastrik.
  • Membuang Angin dalam badan.
  • Mengawal Kencing Manis.
  • Membersih Darah Kotor.
  • Menyingkirkan Toksin dalam badan.
  • Mengatasi Gout.
  • Mengurangkan Kolesterol.
  • Mengawal Tekanan Darah.
  • Melancar Peredaran Darah
  • Mengawal nafsu makan.
  • Menambahkan susu badan.
  • Melancarkan haid wanita.

TESTIMONI
KELEBIHANNYA
  • Masalah sembelit akan hilang
  • Pembuangan air besar lancar, tidak memulas seperti sesetengah produk detox lain.
  • Badan akan rasa ringan, berat badan makin berkurangan.
  • Bersifat antibiotics serta boleh menghapuskan virus didalam badan.
  • Membantu mengawal nafsu makan.
  • Badan mudah berpeluh kerana itu adalah proses pembuangan toksin dan air berlebihan dalam badan.
  • Membersihkan kerak usus anda.
  • Menghapuskan cacing-cacing dalam perut anda.
  • Daun senna dapat membersihkan kotoran dan sisa-sisa kotoran, lemak serta racun dalam badan melalui pembuangan air besar.
  • Berkhasiat dalam meningkatkan metabolisma dalam membantu proses pembuangan kotoran dalam tubuh terutamanya perut.
  • Sangat baik untuk mengatasi sembelit.
  • Mampu mengatasi buasir yang membengkak pada bahagian anus.
  • Untuk mengubati cacing keremi pada anak-anak atau dewasa.
  • Melunturkan atau mencairkan lemak dalam tubuh dan mengurangkan kolesterol.
  • Melangsingkan badan kerana lemak dilarutkan dan dibuang ketika buang air besar dan air kecil dan juga ketika berpeluh.
  • Membersihkn usus agar dapat menyerap zat makanan dengan baik.
  • Memudahkan badan untuk berpeluh bagi proses membuang toksin dalam badan.
  • Daun senna ini tidak menyebabkan perut pedih atau memulas seperti produk detox lain, pembuangan air besar berlaku seperti biasa.

KESAN SAMPINGAN

Setiap pengambilan apa pun herba ada kesan sampingan, tetapi herba senna lebih banyak kebaikan daripada keburukan. 

Antaranya kesan sampingan mengambilan adalah jika usus perut bermasalah anda akan mengalami cirit birit, ini adalah kesan yang baik kerana ia proses mencuci dan menyingkirkan toksin didalam usus perut.

daun-senna1.jpg

Senna Mecca atau daun Jati Cina (nama saintifik: Cassia Angustifolia) merupakan daun herba yang mempunyai nilai-nilai perubatan yang tinggi bagi masyrakat Arab sejak kurun ke-9. Sanna digunakan untuk mencuci system usus kecil dan besar dari kotoran dan lemak, serta membuang toksin dalam perut melalui sistem pelawasan. Kegunaan Sanna telah dicatat didalam kitab perubatan Ayurveda dan perubatan tradisional Cina memanggilnya sebagai “Fan Xie Yie”. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Sanna antara herba perubatan terpenting yang sangat berkesan dan selamat untuk sistem kesihatan.

Beli di Whatsapp

daun-senna2.jpg
Variasi nama Senna mengikut negara:

Arab: Senna Mecca
Mesir: Senna Alexandrina
Chinese: Fan Xie Yie
Latin: Cassia Obovata
Melayu: Jati Cina
Hindi: Sennai
Sejarah Penggunaan

Senna, Cassia angustifolia, dikenali dengan nama Senna Mesir. Merupakan spesies dari keluarga Leguminaceae, senna adalah tumbuhan yang renek dan telah digunakan selama berabad-abad lamanya di Timur dan Barat sebagai pencahar. Herba sanna diperkenalkan oleh doktor Arab yang berkhidmat dengan khalifah di Baghdad pada kurun ke-9 masihi. Herba ini merupakan herba terpenting dalam perubatan Yunani, perubatan traditional Cina dan perubatan traditional India (Ayurvedic). Masyarakat Afrika Utara dan juga barat daya Asia menggunakan Sanna sebagai herba pelawasan (laxative) bagi mencuci usus perut. Selain itu, daun Sanna boleh digunakan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, kurap dan juga jerawat.

Herba sanna berdaftar secara rasmi di British Pharmacopoeia (merupakan buku rasmi dalam bidang farmasi yang mengandungi penggunaan dan tatacara/guna herba) dan United States Pharmacopoeia. Tambahan, herba ini adalah salah satu daripada herba yang diluluskan oleh “Food and Drug Administration” Amerika sebagai dan menjadi herba yang paling banyak digunakan di Amerika terutama dalam “minuman pelangsing”, “minuman kurus” dan “minuman untuk detoksifikasi”. Di Jerman, daun dan buah Senna merupakan ubat standard, di German Pharmacopoeia dan diterima di Commission E monographs.



Tamadun India – Perubatan Ayurvedic

Herba ini dikenali dengan nama “Swarnapatri” dalam bahasa Sanskrit. Senna digunakan sebagai salah satu herba pelawasan yang paling efektif dan berkesan. Herba ini juga digunakan sebagai pembersih darah, melegakan sembelit dan merawat penyakit kulit.

Tamadun Cina – Perubatan Traditional Cina

Herba ini dikenali dengan nama “Fan Xie Yie”. Sanna banyak ditanam dikawasan Guandong, Guanxi dan Yunnan. Digunakan untuk merawat sembelit, mengurangkan pengumpulan haba dalam usus besar dan membaiki penghadaman.

Tamadun Islam – Perubatan Islam

Menurut hadis nabi, ada tiga pengubatan didalamnya mengandungi penyembuh segala penyakit kecuali kematian, iaitu Sanna dan sannut ( Shahih Al Jami’ Ash-Shaghir).

Dari Asmaa Binti Umais, Rasulullah berkata “dengan apa yang kamu gunakan bagi melegakan sembelit?” Asmaa berkata: dengan shubrum. Rasullullah berkata (yaitu) yang panas dan kuat”, Asmaa kemudian berkata: Saya juga melegakan ia dengan Senna, Rasullullah berkata “jika terdapat satu perkara (yang) menyembuhkan dari kematian sesungguhnya ia akan menjadi Senna.” Ibn Majah 3461; Syaikh Al-Albani digredkan ia daeef. Dua Arnaoots menyebut hadits ini dikuatkan oleh riwayat berikut.] …

Nabi bersabda “Pada kamu ada Senna dan Sanoot kerana sesungguhnya dalam kedua-dua mereka adalah ubat bagi setiap penyakit kecuali Saam” Dia bertanya “Ya Rasulullah, Apakah Saam?” Beliau berkata, “Kematian” [Ibn Maajah 3457; Syaikh Al-Albani digredkan ia shahih]